Gema Semua Maklumat

Kerajaan arah kapal ronda Maritim beri perlindungan kepada orang hanyut Rohingya

Kerajaan arah kapal ronda Maritim beri perlindungan kepada orang hanyut Rohingya

PUTRAJAYA, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kerajaan telah mengarahkan kapal ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) supaya memberi perlindungan awal kepada orang hanyut Rohingya yang memasuki perairan negara ini.

Beliau berkata, ketika ini, terdapat beberapa laporan berkenaan kemasukan orang hanyut Rohingya ke dalam sempadan perairan Pantai Barat Semenanjung.

“Kapal-kapal Maritim Malaysia yang membuat rondaan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak akan dibekalkan dengan stok makanan dan minuman untuk diagihkan kepada kepada kumpulan tersebut.

“Ini sebelum mereka dibawa ke pangkalan Maritim terdekat dan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, sebanyak 12 tan bantuan makanan dan keperluan untuk diserahkan kepada pelarian Rohingya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Shah Amanat, Chittagong, Bangladesh.

Jurucakap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkata, bantuan yang diberikan antaranya ialah lampin pakai buang, tuala, beras dan biskut.

The post Kerajaan arah kapal ronda Maritim beri perlindungan kepada orang hanyut Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kerajaan arah kapal ronda Maritim beri perlindungan kepada orang hanyut Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kerajaan arah kapal ronda Maritim beri perlindungan kepada orang hanyut Rohingya"

Back To Top