Gema Semua Maklumat

SPRM jangka siasatan terhadap Isa Samad selesai hujung bulan ini

SPRM jangka siasatan terhadap Isa Samad selesai hujung bulan ini

KUALA LUMPUR, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan siasatan terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad berhubung pembelian hotel mewah oleh Felda Investment Corporation (FIC), dapat diselesaikan akhir bulan ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad yang enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu, bagaimanapun berkata, siasatan mengenai kes itu hampir lengkap.

“Terdapat beberapa perkara yang perlu diikut sebelum kita menyelesaikan siasatan. Kita mengharapkan ia dapat diselesaikan menjelang akhir bulan ini,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Ditanya sama ada Mohd Isa akan didakwa bersama beberapa lagi individu lain, Dzulkifli berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan setakat ini.

Malah, beliau juga enggan mengulas mengenai status Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad yang turut dipanggil untuk membantu siasatan SPRM.

Bulan lalu, Isa direman selama lima hari selepas memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015 kepada SPRM kira-kira jam 4.24 petang pada 15 Ogos.

Beliau disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 berkaitan kesalahan menerima suapan.

Isa adalah antara individu yang termasuk dalam senarai individu utama untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung pembelian hotel berkenaan.

The post SPRM jangka siasatan terhadap Isa Samad selesai hujung bulan ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di SPRM jangka siasatan terhadap Isa Samad selesai hujung bulan ini
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "SPRM jangka siasatan terhadap Isa Samad selesai hujung bulan ini"

Back To Top