LABUAN, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustazah Norsaleha Mohd Salleh hari ini melawat keluarga Umair Abdullah yang telah menjadi mangsa dalam nahas kebakaran di kediamannya, bertempat di Labuan.
Beliau yang ditemani Ketua Biro Komunikasi dan Multimedia Isma, Dr Norzila Baharin turut mengambil peluang menyampaikan bantuan berbentuk wang tunai kepada mangsa yang ditemui.
Pada masa sama, beberapa ahli Isma lain juga turut membantu memunggah serta memindah barangan daripada rumah tersebut.
Dalam pada itu, Dr Norzila berkata, Isma Malaysia dan Isma Korea melancarkan tabung sumbangan bagi membantu meringankan beban mangsa.

The post Ketua Wanita Isma lawat mangsa kebakaran, beri sumbangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ketua Wanita Isma lawat mangsa kebakaran, beri sumbangan


0 Komentar untuk "Ketua Wanita Isma lawat mangsa kebakaran, beri sumbangan"