Gema Semua Maklumat

Malang tidak berbau, teratak ahli Isma di Labuan musnah dijilat api

Malang tidak berbau, teratak ahli Isma di Labuan musnah dijilat api

LABUAN, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kediaman ahli Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Umair Abdullah, di sini, hangus terbakar hanya beberapa hari menjelang perayaan Aidiladha baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, kebakaran dipercayai bermula daripada sebuah bilik tidur di kediaman tersebut.

Isteri Umair, Nurul Nadzirah Murthada yang sewaktu kejadian sedang menyiapkan sarapan menceritakan, beliau pada mulanya terbau plastik terbakar dan kemudian beliau melihat biliknya seperti bercahaya.

“Bila masuk bilik tengok dah ada api di aircond bilik tu. Terfikir nak padam sendiri dan bagitahu zauj saja. Bila telefon dia minta bawa anak-anak keluar dari rumah dan dia telefon bomba,” kata Nurul.

Beliau berkata, jiran di tingkat atas yang terlebih dahulu maklum mengenai kebakaran itu kerana asap memasuki ke rumahnya dan segera turun ke rumah bawah.

Jirannya itu juga telah membantu Nurul untuk membawa dua orang anak Nurul yang masih kecil turun ke tingkat paling bawah.

Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba selepas 20 minit dimaklumkan berkata, kebakaran yang berlaku itu kemungkinan berpunca daripada litar pintas di pendingin hawa.

The post Malang tidak berbau, teratak ahli Isma di Labuan musnah dijilat api appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malang tidak berbau, teratak ahli Isma di Labuan musnah dijilat api
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Malang tidak berbau, teratak ahli Isma di Labuan musnah dijilat api"

Back To Top