GENEVA, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa satu tindakan dilakukan untuk mengakhiri keganasan brutal terhadap Rohingya, sekali gus mendesak kerajaan Myanmar menamatkan segera operasi ketenteraan terhadap etnik minoriti itu.
Berucap dalam mesyuarat Majlis Keselamatan PBB semalam, Setiausa Agung PBB, Antonio Guterres berkata, krisis di Rakhine semakin merosot sehingga mengakibatkan 500,000 Rohingya melintasi sempadan Bangladesh untuk melarikan diri dari wilayah barat Myanmar itu.
“Keadaan ini menjadikan krisis kemanusiaan dan membawa kepada peningkatan jumlah pelarian – ia mimpi ngeri kepada isu kemanusiaan dan hak asasi manusia.
“Realiti ini memerlukan tindakan. Tindakan pantas melindungi, meringankan penderitaan, mencegah ketidakstabilan dan mengatasi penyelesaian jangka panjang,” katanya.
Beliau menggesa kerajaan Myanmar membenarkan akses bantuan kemanusiaan ke rantau konflik itu, serta membolehkan pelarian Rohingya di Bangladesh pulang ke kampung asal mereka.
Awal minggu ini, sebuah agensi PBB berkata, seramai 700,000 pelarian Rohingya telah melarikan diri dari kediaman mereka ke bahagian lain di Myanmar dan Bangladesh.
Guterres berkata, ratusan ribu yang dipindahkan, dan lebih daripada 90 peratus adalah Rohingya.
“Kita mengesahkan bahawa mereka yang melarikan diri adalah kebanyakan wanita, kanak-kanak dan warga tua. Perkara itu menunjukkan keganasan yang melampau dan pelanggaran hak asasi manusia serius di rantau itu,” katanya.- Agensi
The post Krisis Rohingya umpama mimpi ngeri: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Krisis Rohingya umpama mimpi ngeri: PBB
0 Komentar untuk "Krisis Rohingya umpama mimpi ngeri: PBB"