Gema Semua Maklumat

Lima kanak-kanak pelarian Rohingya maut bot terbalik

Lima kanak-kanak pelarian Rohingya maut bot terbalik

BANGLADESH, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak dilaporkan lemas selepas bot yang membawa pelarian Rohingya terbalik pada awal hari ini, kata pengawal keselamatan sempadan Bangladesh.

Pihak berkuasa berkata, bot terbabit terbalik di sungai Naf, yang memisahkan Bangladesh dengan wilayah Rakhine, dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak nyawa terkorban ekoran insiden itu.

“Setakat ini, mayat lima kanak-kanak lelaki dan perempuan ditemui di lokasi berasingan,” kata pegawai sempadan Bangladesh, Aloysius Sangma seperti dilapor agensi berita AFP, hari ini.

Minggu lalu, pengawal keselamatan sempadan Bangladesh menemui lebih 20 mayat pelarian Rohingya di persisiran pantai negara itu susulan peningkatan krisis keganasan dan penindasan yang berlaku di Rakhine sejak 25 Ogos lepas.

Pihak berkuasa Myanmar memaklumkan hampir 100 orang terbunuh dalam jenayah keganasan itu, namun ia dinafikan oleh peguam bela untuk Rohingya yang mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 800 etnik minoriti Islam terbabit termasuk wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa serangan berkenaan.

Hampir 90,000 Rohingya membanjiri sempadan Bangladesh dalam tempoh 10 hari lalu ekoran pertempuran yang meningkat antara pejuang etnik berkenaan dan tentera rejim Myanmar.

Gelombang kekerasan itu bermula pada Oktober lalu apabila kumpulan pejuang Rohingya menyerang pos keselamatan rejim Myanmar di sempadan.

Kejadian itu menjadikan Rakhine sebagai yang terburuk dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan rejim Myanmar mungkin cuba melakukan pembersihan etnik (jenayah genosid).- Agensi

The post Lima kanak-kanak pelarian Rohingya maut bot terbalik appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lima kanak-kanak pelarian Rohingya maut bot terbalik
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lima kanak-kanak pelarian Rohingya maut bot terbalik"

Back To Top