TAIPING, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Majikan yang masih degul menggaji atau melindungi pendatang tanpa izin (PATI) akan dikenakan hukuman lebih tegas termasuk sebat
Memberi amaran itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, beliau sudah bertemu dengan Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif, supaya hukuman itu dilaksanakan.
“Saya telah berjumpa dengan Ketua Hakim Negara bagi membincangkan isu kehakiman dan beliau menyatakan kesediaan serta tindakan tegas, termasuk hukuman sebat terhadap majikan yang masih berdegil,” katanya ketika mengetuai 39 pegawai dan anggota jabatan itu melakukan operasi menahan PATI di dua tapak pembinaan di sini dan Kamunting malam tadi hingga awal pagi tadi.
Mustafar berkata, pihaknya tidak teragak untuk mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang melindungi PATI termasuk membeku aset syarikat mereka.
Pada masa sama, beliau meminta kerjasama majikan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau pembinaan rumah kongsi di kawasan tapak pembinaan di kawasan Taiping yang disifatkan berbahaya untuk diduduki.
“Dari segi pihak kami, Jabatan Imigresen tidak berkompromi dengan PATI dan terus menjalankan operasi namun dari segi keselamatan pekerja warga asing, PBT meneliti aspek penempatan mereka.
“Contohnya di kawasan tapak pembinaan yang belum siap, pemaju menyediakan rumah kongsi di tingkat bawah,” katanya.
The post Majikan lindung PATI boleh dikenakan hukuman sebat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Majikan lindung PATI boleh dikenakan hukuman sebat
0 Komentar untuk "Majikan lindung PATI boleh dikenakan hukuman sebat"