Gema Semua Maklumat

Arab Saudi gagalkan rancangan Daesh sasar bunuh Menteri Pertahanan

Arab Saudi gagalkan rancangan Daesh sasar bunuh Menteri Pertahanan

JEDDAH, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Pasukan Keselamatan Arab Saudi menggagalkan rancangan pembunuhan oleh kumpulan militan Daesh yang menyasarkan Menteri Pertahanan negara itu.

Sumber berkata, operasi yang dijalankan pasukan keselamatan telah menangkap dua calon pengebom bunuh diri yang dikenali sebagai Ahmed Al-Kaldi dan Ammar Mohammad, sebelum mereka dapat bertindak.

Siasatan awal menunjukkan mereka adalah warga negara Yaman yang tinggal di Arab Saudi dengan menggunakan nama palsu.

Selain mereka, dua warga Arab Saudi juga ditangkap dan disiasat kemungkinan turut terbabit dengan dua lelaki yaman itu.

Namun, nama kedua-dua suspek belum dinyatakan sambil menunggu siasatan lebih lanjut.

Pihak keselamatan turut merampas dua tali pinggang peledak, masing-masing seberat 7 kilogram, serta 9 bom tangan dan senjata lain. – Agensi

The post Arab Saudi gagalkan rancangan Daesh sasar bunuh Menteri Pertahanan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi gagalkan rancangan Daesh sasar bunuh Menteri Pertahanan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi gagalkan rancangan Daesh sasar bunuh Menteri Pertahanan"

Back To Top