Gema Semua Maklumat

Terowong MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dikorek tahun depan

Terowong MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dikorek tahun depan

KUALA LUMPUR, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Kerja menggali terowong bawah tanah bagi pembinaan MRT laluan Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP) akan bermula menjelang suku pertama tahun depan.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Hal Ehwal Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Najmuddin Abdullah berkata, kerja pengorekan sepanjang 13.5 km itu akan bermula di Jalan Ipoh dan berakhir di Bandar Malaysia Selatan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata kerja-kerja itu akan dilaksanakan selepas dua daripada empat mesin pengorek terowong (TBM) baharu diterima masing-masing pada November dan Disember ini manakala dua lagi dijangka pada tahun hadapan.

Katanya, projek MRT SSP kini sudah mencapai 12.05 peratus siap dan dijangkakan mencapai 19 peratus menjelang hujung tahun ini.

MRT laluan SSP yang merupakan projek mega infrarakyat dengan peruntukan kos sebanyak RM32 bilion mempunyai jajaran sepanjang 52.2 KM meliputi 37 stesen.

11 daripadanya adalah stesen bawah tanah yang dijangka siap sepenuhnya pada 2022.

The post Terowong MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dikorek tahun depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Terowong MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dikorek tahun depan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Terowong MRT Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dikorek tahun depan"

Back To Top