Gema Semua Maklumat

Malaria mula beri ancaman global

Malaria mula beri ancaman global

LONDON, 2 Muharram 1439H, Sabtu – Serangga pembawa virus malaria telah tersebar di Asia Tenggara, memberi ancaman global yang membimbangkan, kata para saintis.

Menurut laporan BBC, para pakar malaria di seluruh dunia mengatakan serangga ini kebal kepada ubat-ubatan di Asia.

Mereka berkata, malaria ini tidak boleh dibunuh dengan dadah anti-malaria utama.

Jurucakap badan amal penyelidikan perubatan, Wellcome Trust, Michael Chew, berkata, serangga malaria ini kebal terhadap ubat yang paling berkesan pernah dimiliki.

“Ianya membimbangkan dan mempunyai implikasi besar untuk kesihatan awam di seluruh dunia.

“Sekitar 700,000 orang setahun mati akibat jangkitan termasuk malaria.

“Jika tiada apa yang dilakukan, ini boleh meningkat kepada berjuta-juta orang setiap tahun menjelang 2050,” katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidikan Perubatan Tropika Oxford di Bangkok, Prof Arjen Dondorp berkata, pihaknya menganggap ia sebagai satu ancaman serius.

“Ini membimbangkan berikutan penyakit ini tersebar begitu cepat ke seluruh rantau ini dan kami takut ia dapat menyebar lebih jauh [dan akhirnya] sampai ke Afrika,” katanya.

Serangga ini pada mulanya muncul di Kemboja tetapi sejak itu, ia mula merebak melalui bahagian-bahagian Thailand, Laos dan tiba di selatan Vietnam. – Agensi

The post Malaria mula beri ancaman global appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Malaria mula beri ancaman global
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Malaria mula beri ancaman global"

Back To Top