DHAKA, 2 Muharram 1439H, Sabtu – Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menggesa satu zon selamat diwujudkan di bawah pengawasan Pertunuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Rakhine, Myanmar.
Beliau turut mendesak Myanmar untuk membenarkan pelarian Rohinya kembali ke wilayah mereka dengan selamat.
“Kami terkejut melihat pihak berkuasa Myanmar meletakkan ranjau di sepanjang perbatasan mereka untuk mengelakkan warga Rohingya kembali ke Myanmar.
“Pelarian ini mesti dapat kembali ke tanah air mereka dalam selamat dan penuh martabat,” katanya.
Pada Perhimpunan Agung PBB Khamis lalu, Hasina memberitahu bahawa Bangladesh menampung lebih daripada 800,000 Rohingya, yang mana 430,000 telah tiba dalam tiga minggu yang lalu.
Lebih separuh daripada Rohingya yang berpindah tinggal di kem-kem sementara dengan akses yang sedikit ke tempat perlindungan, makanan, air bersih dan sanitasi, kata Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).
Pada hari Selasa, Ketua Misi Penemuan Fakta PBB, Marzuki Darusman berkata, mereka mencari akses ke Myanmar untuk menyiasat tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan penyeksaan. – Agensi
The post PM Bangladesh gesa wujudkan satu zon selamat di Rakhine appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PM Bangladesh gesa wujudkan satu zon selamat di Rakhine
0 Komentar untuk "PM Bangladesh gesa wujudkan satu zon selamat di Rakhine"