PUTRAJAYA, 3 Muharram 1439H, Ahad – Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi denggi dalam tempoh awal tahun ini sehingga semalam, menurut Statistik Bilik Gerakan Denggi Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan.
Statistik itu diikuti dengan Kuala Lumpur yang mencatatkan sebanyak 6,544 kes, Johor (6,219), Negeri Sembilan (2,714) dan Kelantan dengan 2,238 kes direkodkan.
Manakala Labuan adalah kawasan paling rendah dengan hanya 65 kes direkodkan sepanjang tempoh berkenaan. Kesemua jumlah berkenaan menjadikan sebanyak 69,255 kes direkodkan di seluruh negara setakat ini.
Sementara itu, sebanyak 153 jumlah kematian akibat denggi direkodkan dalam tempoh Januari hingga 16 September lepas.
The post Selangor catat kes tertinggi denggi appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Selangor catat kes tertinggi denggi
0 Komentar untuk "Selangor catat kes tertinggi denggi"