KUALA LUMPUR, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – PAS berang terhadap penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadual berlangsung di ibu negara pada 6 hingga 7 Oktober ini.
Anggota Jawatankuasa PAS, Dr Riduan Nohd Nor, kesal dengan penganjuran pesta itu kerana menjadikan Malaysia sebagai pilihan lokasi.
Meskipun alasannya atas nama pelancongan dan dianjurkan untuk bukan Islam, namun tiada halangan daripada pihak penganjur jika ada orang Islam yang ingin menyertai pesta berkenaan, katanya.
“Malaysia telah menjadi destinasi strategik untuk aktiviti bebas kepada masyarakat luar seperti tidak ada sekatan undang-undang dan peraturan.
“Walaupun umat Islam bukan menjadi sasaran penyertaannya, tetapi tiada had atau halangan jika ada orang Islam yang menyertainya, sekali gus menggamit sesiapa sahaja untuk hadir termasuk orang Islam,” katanya.
Better Beer Festival dianjurkan oleh pengedar bir MyBeer (M) Sdn Bhd yang mana acara utamanya ialah untuk merasai produk pengeluar bir bebas.
Penganjuran pesta telah masuk tahun keenam pada tahun ini, dengan tiket dikenakan sebanyak RM25.63 hingga RM76.88 seorang.
The post PAS berang pesta arak dianjurkan di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PAS berang pesta arak dianjurkan di Malaysia
0 Komentar untuk "PAS berang pesta arak dianjurkan di Malaysia"