Gema Semua Maklumat

Piala Presiden Isma 2017: Skuad Bujang Senang sedia ‘berdakwah’

Piala Presiden Isma 2017: Skuad Bujang Senang sedia ‘berdakwah’

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Skuad Bujang Senang, Isma Sarawak FC bersedia memberikan saingan sengit kepada pasukan lain yang bertanding dalam kejohanan Piala Presiden Isma 2017, hujung minggu ini.

Meskipun masih di peringkat pemilihan akhir pemain-pemain yang akan mewakili negeri itu, namun pengurus pasukannya, Saiful Azhar Masri yakin skuad itu akan mempamerkan aksi terbaik pada kejohanan kali kedua ini.

Jelasnya, beliau mahu skuad kendaliannya itu tidak hanya menonjolkan corak dan taktik permainan yang baik, tetapi juga menjadikan permainan bola sepak sebagai medium menyebarkan dakwah.

“Visi saya untuk dakwah melalui bola sepak atau lebih khusus lagi melalui ISMA FC ini adalah jauh, bukan hanya sekadar ingin menjadi juara atau hanya menjadi pencabar utama dalam Piala Presiden ISMA nanti.

“Perbincangan secara berkala dengan YDP Isma Kuching, Dr Mohd Khairol Jambli, objektif dan sasaran utama adalah untuk meningkatkan ‘mileage’ imej dan nama pasukan ISMA Sarawak FC di samping menyantuni penggerak-penggerak muda ISMA yang ingin diberi platform sebetulnya dengan kelebihan mereka sendiri iaitu bola sepak,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, keseimbangan gabungan pemain muda dan berpengalaman, yang akan membawa kepelbagaian kemahiran serta strategi, menjadi tunjang utama dalam memperbaiki mutu permainan skuad itu.

“Kesinambungan antara pemain muda yang memiliki kemahiran dan kekuatan jasmani yang tersendiri dan pemain senior yang mampu menjaga emosi dan disiplin pasukan di atas padang boleh diadun sebaiknya menjadi satu pasukan yang sangat stabil dari segenap kriteria yang diperlukan untuk menjadi satu pasukan bola sepak yang mantap.

“Dari segi pemilihan pemain, pasukan Isma Sarawak FC memiliki kelebihan tersendiri kerana rata-rata pemain yang terpilih yang memang memiliki keahlian ISMA dan disantuni secara berkala oleh ahli ISMA sendiri,” katanya.

The post Piala Presiden Isma 2017: Skuad Bujang Senang sedia ‘berdakwah’ appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Presiden Isma 2017: Skuad Bujang Senang sedia ‘berdakwah’
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Piala Presiden Isma 2017: Skuad Bujang Senang sedia ‘berdakwah’"

Back To Top