Gema Semua Maklumat

PBB desak Myanmar hentikan keganasan terhadap Rohingya

PBB desak Myanmar hentikan keganasan terhadap Rohingya

GENEVA, 21 Zulhijjah 1438H, Selasa – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Myanmar mengakhiri kekejaman yang dilakukan terhadap etnik Rohingya di Rakhine.

Zeid Ra’ad al-Hussein, yang mengetuai Majlis Hak Asasi Manusia PBB berkata, lebih 270,000 orang telah melarikan diri ke Bangladesh, dengan ada yang terperangkap di sempadan.

“Saya menyeru kerajaan Myanmar untuk menamatkan operasi tenteranya sekarang, dengan bertanggungjawab ke atas semua pelanggaran yang telah berlaku serta menghapuskan diskriminasi yang teruk dan meluas terhadap penduduk Rohingya,” kata Zeid.

Amaran ketua PBB itu muncul sehari selepas Menteri Luar Bangladesh berkata “pembunuhan beramai-ramai” sedang dilancarkan di negeri yang dilanda keganasan itu.

“Masyarakat antarabangsa berkata ia adalah pembunuhan beramai-ramai dan kami juga mengatakan ia adalah pembunuhan beramai-ramai,” kata AH Mahmood Ali kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada diplomat di Dhaka.

Ali menyifatkan tindakan berikutan serangan ke atas pasukan keselamatan pada 25 Ogos sebagai “membalas dendam” oleh tentera Myanmar.

“Sekiranya semua orang dibunuh, sekiranya semua kampung dibakar, ia tidak dapat diterima, ” katanya, sambil memberitahu bahawa Dhaka sedang mencari penyelesaian yang aman, bukan ‘perang’ terhadap Myanmar.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia Bangladesh berkata, tokoh terkemuka di Myanmar boleh dibicarakan di tribunal antarabangsa kerana menyokong pembunuhan beramai-ramai.

“Pembunuhan beramai-ramai telah dilakukan di Myanmar, bagaimana rakyat terbunuh dalam serangan kebakaran, kami sedang memikirkan untuk mendesak perbicaraan menentang Myanmar, dan menentang tentera Myanmar di tribunal antarabangsa,” kata Kazi Reazul Hoque Ahad ketika melawat kem pelarian di daerah Cox’s Bazar di Bangladesh yang bersempadan dengan Myanmar.

“Kami akan membuat keputusan selepas menilai langkah-langkah yang perlu diambil, dan pada masa yang sama kami menggesa komuniti antarabangsa untuk datang dengan bantuan mereka,” kata Hoque. – Agensi

The post PBB desak Myanmar hentikan keganasan terhadap Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di PBB desak Myanmar hentikan keganasan terhadap Rohingya
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "PBB desak Myanmar hentikan keganasan terhadap Rohingya"

Back To Top