Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 25 Zulhijjah 1438H, Sabtu – Penguasaan bola menjadi strategi utama pasukan Pejuang yang julung kali menyertai Kejohanan Piala Presiden Isma 2017, hari ini.
Dengan strategi itu, Pejuang telah berjaya merobek gawang Sabah sebanyak empat kali.
Tiga daripada gol tersebut berjaya diperoleh menerusi hantaran lintang daripada kiri dan kanan padang manakala satu lagi gol adalah hasil daripada sepakan percuma.
Kapten Pasukan Pejuang, Muhammad Hanif Aminuddin berkata, komunikasi yang baik di antara pemain juga menjadi salah satu sebab kejayaan pasukannya menentang Isma Sabah.
Beliau turut yakin pasukannya akan beraksi dengan baik pada perlawanan seterusnya dan merebut gelaran juara.
“Berdasarkan keputusan tadi, kita yakin perlawanan kedua dan ketiga akan mengatasi pasukan lain. Sebab kita yakin semua pemain kita dalam keadaan bersedia,” katanya sambil mengharapkan segalanya berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang.
Sementara itu, Terengganu pula berjaya membelasah pasukan Perlis dengan lima gol.
Manakala, pasukan Az-Zahrah memperoleh gol 1-0 dalam perlawannnya antara Kuala Lumpur.
The post Pejuang belasah Sabah 4-0 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Pejuang belasah Sabah 4-0
0 Komentar untuk "Pejuang belasah Sabah 4-0"