Gema Semua Maklumat

Piala Presiden Isma 2017: Tiga pasukan Pantai Timur, satu Utara ke separuh akhir

Piala Presiden Isma 2017: Tiga pasukan Pantai Timur, satu Utara ke separuh akhir

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Tiga pasukan Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta satu pasukan dari Utara – Kedah – akan bersaing dalam pusingan separuh akhir Kejohanan Piala Presiden Isma 2017, sebentar lagi.

Pasukan Terengganu akan berdepan Kedah di Padang C, manakala Pahang pula bakal berentap dengan Kelantan di Padang A.

Pada peringkat suku akhir, Pahang menewaskan Sarawak 2-0, manakala Kedah menang ke atas Pejuang 1-0.

Terengganu pula menang bergaya mengetepikan Pulau Pinang pada suku akhir dengan 3-0.

Perlawanan antara Kelantan dan Az-Zahrah berlanjutan hingga ke sepakan penalti yang menyaksikan Kelantan menyumbat 3 gol, berbanding Az-Zahrah hanya 2.

The post Piala Presiden Isma 2017: Tiga pasukan Pantai Timur, satu Utara ke separuh akhir appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Presiden Isma 2017: Tiga pasukan Pantai Timur, satu Utara ke separuh akhir
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Piala Presiden Isma 2017: Tiga pasukan Pantai Timur, satu Utara ke separuh akhir"

Back To Top