Gema Semua Maklumat

Terengganu mara ke final tundukkan Kedah 5-2

Terengganu mara ke final tundukkan Kedah 5-2

Kesebelasan utama Isma Terengganu FC sebelum perlawanan menentang Isma Kedah FC.

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

BANGI, 26 Zulhijjah 1439H, Ahad – Pasukan Isma Terengganu FC berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir Piala Presiden Isma setelah menewaskan Isma Kedah FC dengan jaringan 5-2.

Pengurus pasukan Sang Penyu Emas, Mohd Aiman Mohd Bustamin berkata, hasil kerja berpasukan dan kelebihan setiap individu pemain adalah kunci kemenangan.

“Setiap pemain yang terpilih adalah yang terbaik bagi posisi masing-masing, profesional dan boleh memberi semangat antara satu sama lain. Kepimpinan mereka juga tinggi, dan mereka mengharapkan kemenangan pada setiap permainan,” katanya kepada Ismaweb.

Isma Terengganu FC sebelum ini Isma Penang FC 3-0 di peringkat suku akhir.

Pasukan ini adalah juara dalam Kumpulan D dan menang dalam semua perlawanan dan tidak pernah bolos.

Isma Terengganu FC akan menentang Isma Pahang FC yang menang ke atas Isma Kelantan FC 2-0.

Skuad ini dibimbing oleh jurulatih Muhammad Farid Daud yang juga bekas pemain Kelantan.

The post Terengganu mara ke final tundukkan Kedah 5-2 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Terengganu mara ke final tundukkan Kedah 5-2
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Terengganu mara ke final tundukkan Kedah 5-2"

Back To Top