Gema Semua Maklumat

Polis tahan dua pelajar edar ganja di IPTS

Polis tahan dua pelajar edar ganja di IPTS

Gambar hiasan

SEPANG, 29 Zulhijjah 1438H, Rabu – Dua pelajar warga tempatan yang dipercayai menjadi pengedar dadah jenis ganja dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Cyberjaya, Selangor ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Baharuddin Mat Taib berkata, suspek pertama telah ditahan pada pukul 5.10 petang Isnin manakala suspek kedua pula ditahan di sebuah bilik asrama IPTS sekitar Cyberjaya.

Hasil pemeriksaan, pihak polis menemui dua paket plastik lutsinar berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja seberat kira-kira tujuh gram.

Suspek kedua pula telah menyerahkan satu bekas tin mengandungi 45 paket plastik berisi ketulan disyaki ganja seberat kira-kira 210 gram.

“Pihak polis percaya kedua-dua suspek telah menjalankan aktiviti mengedar dadah di kampus IPTS selama kira-kira tujuh hingga lapan bulan. Hasil soal siat suspek didapati memperoleh bekalan dadah tersebut dari sekitar Kuala Lumpur.

“Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952. Kedua-dua suspek juga positif dadah jenis ganja. Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam hingga 25 September depan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Baharuddin berkata, ganja tersebut dijual kepada pelajar kampus dengan harga RM50 bagi setiap paket plastik lutsinar.

The post Polis tahan dua pelajar edar ganja di IPTS appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tahan dua pelajar edar ganja di IPTS
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Polis tahan dua pelajar edar ganja di IPTS"

Back To Top