Gambar Al Jazeera
“Jika kami pulang, kami akan diseksa dan dibunuh tentera rejim Myanmar”
BANGLADESH, 27 Zulhijjah 1438H, Isnin – Lebih daripada 400,000 etnik muslim Rohingya, terutama wanita dan kanak-kanak, telah melarikan diri ke Bangladesh dalam beberapa minggu kebelakangan ini akibat keganasan terhadap penduduk awam yang dilakukan oleh tentera rejim Myanmar.
Salah seorang rakyat Rohingya yang berhijrah ke Bangladesh iaitu Nasima Khatun, 60, meluahkan perasaan sedih di atas kejadian yang menimpa keluarganya. Setelah kehilangan suami akibat ditembak tentera Myanmar, dia juga kehilangan rumah, tanah pusaka dan segala apa yang dimilikinya.
Dia menceritakan:
“Tentera Myammar telah melepaskan berdas-das tembakan serta telah menguasai penempatan kami, menyebabkan kami anak beranak terpaksa berpindah ke Bangladesh.
“Apabila tentera Myanmar mula melepaskan tembakan, kami melarikan diri ke pelbagai arah. Saya bersembunyi di dalam hutan sehingga seseorang memberitahu bahawa suami saya ditembak.
“Tentera mengambil alih perkampungan kami. Saya tidak dapat pulang untuk mengambil mayat suami saya. Saya berpindah bersama anak-anak perempuan serta beberapa jiran dari kampung. Kami tidak dibenarkan membawa apa-apa barang atau makanan. Selama 10 hari perjalanan kami hanya boleh makan dan minum apa yang terdapat di jalanan sahaja.
“Kami telah berjaya membina tempat perlindungan di sini, dan penduduk tempatan Bangladesh telah membantu kami dengan memberikan sumbangan makanan”.
“Tetapi saya tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan wang, tidak ada pekerjaan yang kami dapat lakukan di sini. Apakah jenis masa depan yang boleh kita miliki sekiranya kita tidak mempunyai wang.”
Rakyat muslim Rohingya ingin pulang ke tempat asal, namun bagi Nasima Khatun, dia tidak yakin mereka dapat hidup dengan baik, malah kemungkinan akan berdepan seksaan, kekejaman dan pembunuhan oleh rejim Myamar.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia sebelum ini, memberi amaran bahawa penghijrahan beramai-ramai selepas pembunuhan, perkosaan, dan perkampungan terbakar adalah tanda-tanda ‘pembersihan etnik’.
PBB juga merayu masyarakat antarabangsa untuk memberi tekanan kepada Aung San Suu Kyi dan kerajaannya untuk mengakhiri keganasan.
Seluruh dunia dapat menyaksikan kekejaman yang berlaku terhadap Rohingya, dan mereka semua dapat membayangkan penyeksaan yang dialami selama ini. – Agensi
The post Rohingya: Mesej Nasima Khatun kepada dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Rohingya: Mesej Nasima Khatun kepada dunia
0 Komentar untuk "Rohingya: Mesej Nasima Khatun kepada dunia"