Gambar Bernama
SEREMBAN, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – “Saya tidak akan maafkan perbuatan mereka yang membakar pusat tahfiz anak saya,” kata Noorazlina Bakry, 36, ibu kepada seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur yang terkorban dalam kejadian kebakaran pusat itu, Khamis lepas.
“Saya tidak akan maafkan mereka. Banyak lagi perkara yang saya mahu lakukan untuk anak saya, tetapi sekarang sudah tidak sempat lagi. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.
“Hati apa yang sanggup buat macam itu kepada pelajar-pelajar tahfiz,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Taman Paroi Jaya di sini.
Anaknya Muhammad Fahmie Abdullah, 11, adalah antara 21 pelajar yang maut dalam kejadian itu. Dua lagi merupakan warden asrama pusat tersebut.
Pihak polis telah memaklumkan tujuh remaja berusia antara 11 hingga 18 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
Noorazlina berkata, beliau tidak sanggup untuk melihat wajah-wajah yang menyebabkan anaknya terkorban. – Bernama
The post Saya tak maafkan mereka, kata ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Saya tak maafkan mereka, kata ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz
0 Komentar untuk "Saya tak maafkan mereka, kata ibu mangsa kebakaran pusat tahfiz"