Gema Semua Maklumat

Piala Presiden Isma 2017: Terengganu, Pahang ke final

Piala Presiden Isma 2017: Terengganu, Pahang ke final

Kesebelasan utama Pahang yang akan bertemu Terengganu pada final Piala Presiden Isma 2017, petang ini.

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 26 Zulhijjah 14378H, Ahad – Teka-teki siapa yang bakal merebut gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden Isma 2017 bakal terjawab sebentar lagi.

Di peringkat separuh akhir sebentar tadi, pasukan Terengganu di Padang C berjaya mengalahkan pihak lawannya, Kedah dengan skor gol 5-2.

Manakala di Padang A pula, nasib menyebelahi pasukan Pahang apabila menjaringkan 2 gol menentang Kelantan.

Selepas ini, akan berlangsung perlawanan antara pasukan Kedah dan Kelantan bagi menentukan siapa yang bakal menduduki tempat ketiga.

Pada ketika ini, sedang berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Ahli Jawatankuasa Isma dan juga Yang DiPertua Isma di Padang A.

Meskipun ketika ini hujan gerimis di padang, namun ia sedikit pun tidak melunturkan semangat kesukanan pasukan yang bertanding.

The post Piala Presiden Isma 2017: Terengganu, Pahang ke final appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Piala Presiden Isma 2017: Terengganu, Pahang ke final
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Piala Presiden Isma 2017: Terengganu, Pahang ke final"

Back To Top