Gema Semua Maklumat

Siapa di belakang IRF hingga kerajaan tak ambil tindakan?

Siapa di belakang IRF hingga kerajaan tak ambil tindakan?

BANGI, 13 Zulhijjah 1438H, Isnin – Langkah Islamic Renaissance Front (IRF) yang kerap membawa masuk penceramah terlalu liberal dan lebih banyak mempersenda serta menghina Islam, mesti disekat.

Bagi penceramah bebas, Dr Ridhuan Tee Abdullah, beliau berasa pelik Malaysia sebagai negara Islam membiarkan pertubuhan dan gerakan liberal melakukan penghinaan terhadap Islam, dan terbaru mengatakan al-Quran tidak diturunkan di Makkah dan Madinah.

“Peliknya, kenapa kerajaan terus membiarkan pertubuhan sebegini dan mereka yang bertanggungjawab meneruskan agenda penghinaan terhadap Islam? Siapakah di belakang mereka ini semua? Pembesarkah? Atau apa? Saya terus tertanya-tanya,” katanya menulis dalam ruang kolumnis ismaweb.net hari ini.

Beliau menggesa supaya gerakan liberalisme ini ditentang habis-habisan. Ikuti pandangan beliau mengenai sambutan kemerdekaan, Aidiladha dan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, dalam ruang kolumnis ismaweb.net hari ini.

The post Siapa di belakang IRF hingga kerajaan tak ambil tindakan? appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Siapa di belakang IRF hingga kerajaan tak ambil tindakan?
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Siapa di belakang IRF hingga kerajaan tak ambil tindakan?"

Back To Top