ALOR SETAR, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mangkat pada jam 2.30 tengah hari, hari ini pada usia 89 tahun di Istana Anak Bukit, di sini.
Lapor media-media utama, bendera negeri Kedah di hadapan Masjid Zahir Alor Setar diturunkan separuh tiang, namun setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mana-mana pihak.
Difahamkan, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan mengadakan satu sidang akhbar mengenai perkara itu di Wisma Darul Aman petang ini.
Almarhum ketika hayat adalah Sultan Kedah ke-27 (1958 – 2017) dan sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia sebanyak dua kali iaitu yang kelima (21 September 1970 – 20 September 1975) dan ke-14 (13 Disember 2011 – 13 Disember 2016).
The post Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim mangkat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim mangkat
0 Komentar untuk "Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim mangkat"