Gema Semua Maklumat

Takutkan Dr. Mahathir ke?

Takutkan Dr. Mahathir ke? -
Cukuplah Kit Siang, DAP perlu dipimpin tokoh seperti Tan Seng Giaw - Abdul Rahman
Astro Awani |  September 30, 2017 21:38 MYT
Cukuplah Kit Siang, DAP perlu dipimpin tokoh seperti Tan Seng Giaw - Abdul Rahman
ABDUL RAHMAN: "Mungkin ini masa terbaik bagi beliau berundur dan memberi laluan kepada pemimpin yang progresif." - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menyedari bahawa parti itu memerlukan pemimpin yang lebih progresif.

Jelas beliau, Kit Siang wajar berundur daripada politik kerana pendirian tidak berprinsip dan kurangnya keyakinan menentang BN secara bersendirian.

"Sebaliknya, beliau menggunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bukan Ahli Parlimen pun untuk menerajui Pakatan," kata Rahman dalam kenyataan medianya hari ini.

Pada masa yang sama, beliau yakin bahawa Kit Siang menyedari kedudukannya sebagai liabiliti kepada Pakatan Harapan.

"Mungkin ini masa terbaik bagi beliau berundur dan memberi laluan kepada pemimpin yang progresif, inklusif dan bertanggungjawab seperti Dr Tan Seng Giaw untuk menerajui DAP secara demokratik," ujarnya lagi.


Takutkan Dr. Mahathir ke? merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Takutkan Dr. Mahathir ke?
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Takutkan Dr. Mahathir ke?"

Back To Top