Gema Semua Maklumat

RM90 juta tu PAS berniaga?: Soalan tentang perniagaan kosmetik yang rugi

RM90 juta tu PAS berniaga?: Soalan tentang perniagaan kosmetik yang rugi -
Soalan tentang perniagaan kosmetik yang rugi kini menular dalam media
BORHAN AHMAD  -  September 30, 2017 12:17 pm
Soalan yang dikemukakan Kadir kini menjadi isu di kalangan pengguna media sosial.

Pertanyaan yang dikemukakan oleh bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk A Kadir Jasin, “Apakah benar duit yang KONONNYA dibagi oleh Najib/Umno kepada Pas digunakan untuk berniaga (antaranya kosmatik) tetapi rugi” kini menjadi isu yang hangat di perkatakan.

Ini kerana, persoalan berbentuk sindiran itu kini menjadi viral di kalangan pengguna laman sosial khasnya facebook, blog dan juga whatsapp.

Seorang penulis, Abu Bakar Mohd Rashid dalam facebooknya mencatatkan “Setakat bisnes kosmetik pun lingkup walau diberi modal besar, lagi mau sembang?”

Rakan-rakan beliau yang membuat komen pula cuba meneka siapakah pemimpin Pas yang dimaksudkan.

Alias Azman bertanya, “Modal habis beli Q7 bukan untuk niaga kot! Wakaaakaaaak!”

Seorang lagi penulis, Shahbudin Husin turut mengulas tulisan Kadir itu.

“Pertanyaan beliau itu tentu saja menimbulkan seribu persoalan, termasuk antaranya siapakah pemimpin Pas atau isteri atau kroni atau proksinya yang berniaga kosmetik dan rugi itu?
Kenapa Pas tidak saman, tanya Shahbuddin.

“Di waktu yang sama, lontaran pertanyaan itu juga akan segera mengingatkan kita mengenai saman berkaitan dana RM90 juta yang didakwa pernah diterima Pas itu,” tulis Shahbudin.

Beliau mempetikaikan kenapa Pas tidak menyaman pihak-pihak di tanah air yang membuat dakwaan kepadanya sebagaimana parti itu menyaman Sarawak Report di London.

“Jika saman boleh dibuat di London kepada Sarawak Report, kenapa Pas tidak berani menyaman Husam di negara sendiri?” kata Shahbudin merujuk kepada dakwaan Husam mengenainya.

Selain Husam yang pernah mendakwa Pas pernah menerima wang daripada Umno atau Najib, seorang lain pemimpin Pakatan Harapan yang turut berbuat demikian ialah Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan.

Dalam pendedahannya, beliau secara terbuka menamakan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai individu yang pernah menerima sejumlah wang berkaitan 1MDB daripada Najib yang dipercayainya untuk diberikan kepada Pas.

Selepas pendedahan itu dan mencabar Nasharuddin agar berani membuat akuan bersumpah menafikannya, bekas Timbalan Presiden Pas itu juga menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi.

Namun demikian, sama seperti Pas yang mengancam mahu menyaman Husam, tetapi tidak menjadi kenyataan sehingga kini, ugutan saman Nasharuddin kepada Rafizi masih lagi senyap tidak berbunyi apa-apa hinggalah detik ini.

“Kiranya dakwaan Rafizi itu didapati tidak benar dan berupa fitnah, mengapakah Nasharuddin masih keberatan untuk mengambil tindakan undang-undang?” soal Shahbuddin.

Bagi beliau, pertanyaan terbaru A Kadir Jasin tidak lain menimbulkan persoalan, apakah beliau sebenarnya ada maklumat baru mengenai wang yang menjadi perbualan ramai yang dikatakan pernah diterima Pas itu?

“Adakah kali ini Pas mahu berdiam diri lagi, walhal rasanya tidak ramai pemimpin Pas atau sesiapa yang ada kaitan rapat dengan mana-mana pemimpin Pas yang berniaga kosmetik ketika ini?” soalnya.


RM90 juta tu PAS berniaga?: Soalan tentang perniagaan kosmetik yang rugi merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di RM90 juta tu PAS berniaga?: Soalan tentang perniagaan kosmetik yang rugi
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "RM90 juta tu PAS berniaga?: Soalan tentang perniagaan kosmetik yang rugi"

Back To Top