Gema Semua Maklumat

Tun M akui Pakatan Harapan berdepan krisis dalaman dengan PKR

Tun M akui Pakatan Harapan berdepan krisis dalaman dengan PKR

PUTRAJAYA, 15 Zulhijjah 1438H, Rabu – Gabungan pembangkang, Pakatan Harapan kini berdepan krisis dalaman dengan PKR berikutan keinginan semula parti itu bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu diakui dan disahkan sendiri oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada pemberita di sini, hari ini.

“Kami menghadapi sedikit masalah dengan PKR kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terbuka mengatakan bahawa mereka mahu terus berunding dengan PAS,” katanya.

Anwar dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan bahawa beliau merestui usaha Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berunding dengan PAS atas tujuan membentuk semula kerjasama untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO pada PRU14 nanti.

Anwar membuat kenyataan itu sebagai menjelaskan latar belakang rundingan PKR dengan PAS, yang kemudian menimbulkan keresahan di akar umbi yang keliru dengan hala tuju PH pada PRU14 ini.

Majlis Presiden PH sebelum ini sepakat menutup pintu kepada PAS sebaliknya kini fokus kepada persiapan menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

The post Tun M akui Pakatan Harapan berdepan krisis dalaman dengan PKR appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Tun M akui Pakatan Harapan berdepan krisis dalaman dengan PKR
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Tun M akui Pakatan Harapan berdepan krisis dalaman dengan PKR"

Back To Top