Gema Semua Maklumat

Ada ilmuan Islam sokong murtad, kata pensyarah

Ada ilmuan Islam sokong murtad, kata pensyarah

Oleh Nur Syahirah Yaacob
Wartawan Pelatih Ismaweb.net

BANGI, 19 Muharram 1439H, Isnin – Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Kelantan, Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah berkata, ada segelintir ilmuan Islam di negara ini yang memperjuangkan liberalisasi dan kemurtadan secara halus.

Beliau berkata, mereka menjadikan generasi yang sedang belajar di menara gading supaya lebih Barat daripada Barat.

Malah, mereka mendidik generasi ini supaya berfikir di luar konteks agama Islam atas nama kebebasan bersuara dan mencari rezeki.

“Akhirnya anak-anak ini terpengaruh dan tersesat akidah tanpa disedari. Mereka mengaku Islam tetapi tidak reda dengan ajaran Islam. Inilah bahana yang berlaku pada hari ini.

“Memang benar umat Islam adalah majoriti di negara ini, tetapi permasalahan sosial dunia gelap di kawasan perbandaran semakin parah. Ini ditambah pula dengan segelintir ilmuan Islam yang memperjuangkan liberalisasi dan kemurtadan Islam secara halus,” katanya menulis dalam Sinar Harian, hari ini.

Katanya, dalam satu kajian menunjukkan bangsa Melayu dan Islam mempunyai tidak lebih 8,000 NGO, sekali gus menunjukkan bahawa orang Islam dan Melayu di negara ini kurang suka terlibat dalam menjaga dan mempertahankan hak dan agama mereka, berbanding NGO Cina dan India.

“Pemimpin politik Islam pula sanggup melakukan apa sahaja demi undi. Akibatnya permasalahan sosial dunia gelap umat Islam di negara ini tidak selesai,” katanya.

Dr Iskandar Hassan berkata, ramai graduan Melayu atau Islam yang menganggur sehingga sebahagian daripada mereka terlibat dengan permasalahan sosial dunia gelap.

“Mereka sukar mendapat kerja di sektor swasta kerana faktor bahasa dan agama. Juga terdapat sebahagian syarikat yang tidak membenarkan masa solat dan menggalakkan pergaulan bebas.

“Akibatnya, mahu tidak mahu graduan Islam tersebut terpaksa bekerja dengan suasana kehidupan yang tidak Islamik. Soal dosa diketepikan demi mencari sesuap nasi.

“Inilah permulaan yang membawa kepada maksud liberalisasi dalam ajaran Islam. Adakah ini yang diingini untuk masa depan generasi akan datang? Tepuk dada dan tanyalah selera sebelum kita terlewat,” katanya.

The post Ada ilmuan Islam sokong murtad, kata pensyarah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Ada ilmuan Islam sokong murtad, kata pensyarah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Ada ilmuan Islam sokong murtad, kata pensyarah"

Back To Top