BANGLADESH, 16 Muharram 1439H, Jumaat – Kira-kira 145,000 kanak-kanak pelarian Rohingya di Bangladesh berisiko mengalami masalah kekurangan zat makanan yang teruk.
Menurut Badan Amal Bencana Kecemasan di United Kingdom (UK), lebih daripada 14,000 kanak-kanak pelarian di bawah usia lima sudah mengalami “kekurangan zat akut yang teruk.”
Terdapat lebih daripada 50,000 wanita hamil dan wanita Rohingya yang menyusukan di kalangan pelarian, memerlukan makanan yang seimbang, kata badan amal itu pada hari Khamis.
Jurucakap kanan Program Makanan Steve Taravella berkata, Bangladesh sendiri sedang bergelut untuk memberi keperluan terbaik buat rakyatnya.
Bangladesh bagaimanapun berkata, ia merancang untuk memperluaskan penempatan besar-besaran di daerah selatan untuk menempatkan hampir 900,000 umat Islam Rohingya yang dianiaya Myanmar. – Agensi
The post Hampir 145,000 kanak-kanak pelarian hadapi masalah kekurangan zat appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Hampir 145,000 kanak-kanak pelarian hadapi masalah kekurangan zat
0 Komentar untuk "Hampir 145,000 kanak-kanak pelarian hadapi masalah kekurangan zat"