Gema Semua Maklumat

Amerika tak minta sebarang maklumat 1MDB, kata SPRM

Amerika tak minta sebarang maklumat 1MDB, kata SPRM

KUALA LUMPUR, 22 Ramadan 1438H, Sabtu – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang pemohonan bagi maklumat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman terbaharu untuk mendapatkan aset didakwa diselewengkan daripada syarikat pelaburan negara itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang pemohonan mahupun makluman daripada pihak DoJ .

“Selain SPRM, saya difahamkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Ini kali kedua pihak DoJ bertindak sedemikian,” katanya ketika merujuk kepada langkah terbaru DOJ itu.

Kelmarin, DoJ memfailkan saman pelucutan hak terbaharu di Mahkamah Daerah Los Angeles bagi mendapatkan semula aset-aset bernilai berbilion ringgit yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.

Dokumen DoJ mendedahkan dengan terperinci bagaimana sebahagian daripada keseluruhan RM19.2 billion yang dicuri daripada 1MDB telah digunakan oleh Jho Low dan anak tiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz – untuk membeli kapal layar, jet peribadi, hartanah mewah, lukisan mahal, pelbagai barang kemas dan berfoya-foya di Amerika.

Reuters sebelum ini memetik laporan DoJ yang turut mendedahkan sejumlah RM128 juta telah digunakan untuk membeli pelbagai set barangan kemas, termasuk berlian 22-karat, untuk dihadiahkan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, yang dibuat melalui akaun Najib. Sepertimana yang telah didedahkan sebelum ini, sebanyak RM2.6 bilion wang 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.


https://www.justice.gov/usao-cdca/pr/united-states-seeks-recover-approximately-540-million-obtained-corruption-involving


Ditanya mengenai siasatan terhadap 1MDB, Dzulkifli berkata, perkara itu berada di bawah bidang kuasa PDRM.

“Apa-apa yang berkaitan dengan 1MDB kita serahkan kepada polis dan siasatan masih lagi dijalankan, kita tidak mahu ‘overlaps’ (bertindih) kerja,” katanya.

The post Amerika tak minta sebarang maklumat 1MDB, kata SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Amerika tak minta sebarang maklumat 1MDB, kata SPRM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Amerika tak minta sebarang maklumat 1MDB, kata SPRM"

Back To Top