Gema Semua Maklumat

Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 116 orang

Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 116 orang

ALOR SETAR, 22 Muharram 1439H, Khamis – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 9 pagi ini kekal 116 orang seperti malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tiga pusat pemindahan yang menempatkan 22 keluarga masih dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

Di Kota Setar, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar yang menempatan 26 mangsa daripada tujuh keluarga dan 17 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Maahad Darul Hasimie.

Di Kubang Pasu, 73 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Lahar, Jitra.

Mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang tengah hari nanti berikutan cuaca cerah.- Bernama

The post Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 116 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 116 orang
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jumlah mangsa banjir di Kedah kekal 116 orang"

Back To Top