Gema Semua Maklumat

Shafie Apdal jangka dipanggil SPRM, lapor akhbar

Shafie Apdal jangka dipanggil SPRM, lapor akhbar

BANGI, 22 Muharram 1439H, Khamis – Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal mengakui mungkin antara individu yang akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor The Star.

Selepas adiknya, Hamid Apdal direman selama lima hari sejak semalam,Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka turut ditahan bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana awam di negeri itu.

Sumbernya dipetik sebagai berkata, Shafie pastinya perlu menjawab banyak soalan berhubung kes itu, malah ahli parti Warisan menjangkakan penahanannya dalam tempoh terdekat.

Sehingga kini, tujuh individu termasuk dua pemimpin kanan parti itu masih ditahan reman.

Dilaporkan, penyiasat SPRM juga sedang mengenal pasti sekurang-kurangnya dua atau lebih Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) untuk dipanggil bantu siasatan.

Difahamkan, kebanyakan mereka mempunyai kaitan kekeluargaan dengan Shafie.

SPRM sebelum ini mendedahkan kes penyelewengan dana sebuah kementerian persekutuan di Sabah membabitkan nilai RM1.5 bilion.

Ia berdasarkan peruntukan RM7.5 bilion untuk pelbagai projek pembinaan infrastruktur di negeri ini antara 2010 dan 2016.

The post Shafie Apdal jangka dipanggil SPRM, lapor akhbar appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Shafie Apdal jangka dipanggil SPRM, lapor akhbar
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Shafie Apdal jangka dipanggil SPRM, lapor akhbar"

Back To Top