Gema Semua Maklumat

Kritik Sultan Johor: Polis tahan Presiden Aswaja

Kritik Sultan Johor: Polis tahan Presiden Aswaja

BANGI, 21 Muharram 1439H, Rabu – Polis menahan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr Zamihan Mat Zin susulan kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskan dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Ahad lalu.

Penahanan bekas pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Wan Najmuddin Mohd, seperti dilapor Utusan Online hari ini.

Menurutnya, Zamihan ditahan kira-kira jam 3.50 petang tadi selepas memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di ibu negara.

“Kita turut merampas telefon bimbit miliknya dan beliau ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

The post Kritik Sultan Johor: Polis tahan Presiden Aswaja appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kritik Sultan Johor: Polis tahan Presiden Aswaja
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kritik Sultan Johor: Polis tahan Presiden Aswaja"

Back To Top