ISTANBUL, 10 Muharram 1439H, Ahad – Polis Turki menahan seorang suspek berikutan pembunuhan aktivis pembangkang Syria dan anak perempuannya yang juga wartawan, lapor agensi berita Dogan, semalam.
Mayat Dr Orouba Barakat, 60, dan Halla Barakat, 22 tahun, ditemui di kediaman mereka di kawasan kejiranan Uskudar di Istanbul, 1 Muharram lalu.
Siasatan polis mengesahkan kedua-duanya ditikam, sementara laporan tidak rasmi mendakwa leher mereka juga dipotong. Mayat mereka dilaporkan dijumpai tiga hari kemudian, selepas beberapa rakan menghubungi polis apabila kedua-duanya tidak kelihatan beberapa hari.
Penangkapan, Ahmet Barakat, dipercayai ahli keluarga mangsa, selepas polis menjalankan siasatan dan analisis terhadap kamera keselamatan di kawasan kejadian, lapor Dogan.
Polis menangkap lelaki yang dipercayai ejen rejim Bashar Al Assad itu di barat laut wilayah Bursa, selepas beberapa siri serbuan.
Sejak tercetusnya perang saudara di Syria pada 2011, Turki menjadi tempat perlindungan kepada 3.2 juta pelarian Syria, kebanyakannya pembangkang rejim Bashar.
Halla Barakat bekerja sebagai wartawan di portal berita Orient News. Sebelum ini, dia bekerja dengan bahagian penyiaran Turki, TRT. – Agensi
Rejim Bashar al-Assad disyaki bunuh aktivis Syria, anak perempuan
The post Polis tangkap suspek bunuh aktivis Syria, anak perempuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Polis tangkap suspek bunuh aktivis Syria, anak perempuan
0 Komentar untuk "Polis tangkap suspek bunuh aktivis Syria, anak perempuan"