Gema Semua Maklumat

Saringan calon PRU14 tak babit keluarga: SPRM

Saringan calon PRU14 tak babit keluarga: SPRM

KUALA LUMPUR, 10 Muharram 1439H, Ahad – Saringan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap senarai nama calon pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang dikemukakan parti politik, hanya tertumpu kepada calon sahaja dan tidak melibatkan ahli keluarga mereka.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, ahli keluarga tidak perlu menjalani saringan seperti yang dilalui calon parti.

“Tidak timbul persoalan anggota keluarga mereka juga perlu melalui proses sama…sebab ini hanyalah saringan dan tidak bertujuan melakukan siasatan,” katanya selepas menutup Kembara Jelajah AntiRasuah 2017 (Kejar 17), semalam.

Beliau berkata, SPRM juga tidak akan mendedahkan nama individu yang disenaraikan untuk saringan itu atau sebarang maklumat yang diterima daripada parti politik.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada parti politik berkenaan bagi tindakan lanjut dan susulan,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Najib Razak berkata, BN sudah menghantar sebahagian senarai nama calon PRU14 kepada SPRM untuk saringan.

Dalam perkembangan lain, Dzulkifli berkata, badan pencegahan rasuah itu sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung pembelian hotel di London dan Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC), yang dijangka diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh 2 minggu lagi.

“Kita akan selesaikan siasatan secepat mungkin sebelum ia (kertas siasatan) diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara,” katanya mengenai siasatan pembelian hotel itu yang didakwa dibeli pada harga jauh lebih tinggi berbanding harga pasaran.

The post Saringan calon PRU14 tak babit keluarga: SPRM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Saringan calon PRU14 tak babit keluarga: SPRM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Saringan calon PRU14 tak babit keluarga: SPRM"

Back To Top