BANGI, 10 Muharram 1439H, Ahad – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil lebih ramai individu berhubung siasatan kes penyelewengan dana RM40 juta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).
Setakat ini, lima individu termasuk pengarah syarikat, penolong pegawai kewangan, setiausaha, ketua eksekutif dan setiausaha politik, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot sudah ditahan bagi membantu siastan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, orang ramai diminta bersabar serta memberi ruang serta masa kepada agensinya untuk melengkapkan siasatan.
“Kita akan panggil lebih ramai individu dan rampas dokumen yang berkaitan sekiranya perlu,” katanya.
Difahamkan, kerajaan memperuntukkan RM40 juta kepada perbadanan itu tahun ini bagi mengendalikan program-program latihan dan pada tahun lepas, sejumlah RM35 juta turut diperuntukkan.
Dana itu diberi kerajaan untuk mengendalikan program-program latihan kemahiran khusus kepada mereka yang tidak mempunyai pekerjaan.
The post Seleweng dana RM 40 juta: SPRM akan panggil lebih ramai individu appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Seleweng dana RM 40 juta: SPRM akan panggil lebih ramai individu
0 Komentar untuk "Seleweng dana RM 40 juta: SPRM akan panggil lebih ramai individu"