Gema Semua Maklumat

Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus

Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus


JEDDAH, 10 Muharram 1439H, Ahad – Susulan perintah Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud membenarkan wanita memandu, jualan kereta di negara itu dijangka meningkat sebanyak 50 peratus.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Kesedaran Perbankan dan Media Kumpulan Bank Arab Saudi, Talat Hafiz berkata, pihaknya bersiap sedia untuk memberi pinjaman terus kepada golongan wanita yang berkelayakan.

“Jualan kereta di Arab Saudi setiap tahun mencecah sebanyak 600,000 buah, namun jumlah ini akan meningkat tidak lama lagi dan memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

“Tambahan pula, masalah besar yang dihadapi golongan wanita di negara ini ialah pengangkutan, sebelum ini mereka menghabiskan banyak wang untuk menyewa teksi tetapi dengan peraturan baharu ini mereka boleh berjimat,” katanya dipetik Arab News.

Baru-baru ini Raja Salman membenarkan wanita Arab Saudi memandu mulai Jun tahun depan.

The post Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Wanita dibenar memandu, jualan kereta Arab Saudi dijangka naik 50 peratus"

Back To Top