Gema Semua Maklumat

608 sekolah agama di Johor siap dibina 2019

608 sekolah agama di Johor siap dibina 2019

PASIR GUDANG, 7 Rabiulawal 1439H, Ahad – Sebanyak 608 sekolah agama di Johor, dijangka siap dibina pada awal tahun 2019.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini terdapat 578 buah sekolah agama, sementara 30 lagi yang baharu akan dibina bermula hujung tahun ini.

Katanya, sebanyak RM250 juta diperuntukkan untuk membina 30 sekolah agama baharu di seluruh negeri.

“Tidak ada makna kalau negeri kita maju tetapi pegangan agama kita lemah dan gagal. Kerajaan negeri juga peruntukkan RM100 juta pada setiap tahun untuk membayar gaji dan elaun guru-guru sekolah agama.

“Ini adalah agenda kita dalam memperkukuhan dan memperkasakan agama Islam dan ini mesti diteruskan,” katanya yang dipetik daripada Utusan Online.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Program Selangkah Ke Alam Remaja Khatan Perdana 2017 yang melibatkan 480 kanak-kanak di Masjid Seri Alam, sebentar tadi.

The post 608 sekolah agama di Johor siap dibina 2019 appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di 608 sekolah agama di Johor siap dibina 2019
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "608 sekolah agama di Johor siap dibina 2019"

Back To Top