Umno halang saya masuk PPR Desa Mutiara sedangkan Tuanku Sultan masak sendiri Nasi Beriani untuk saya -
Umno halang saya masuk PPR Desa Mutiara sedangkan Tuanku Sultan masak sendiri Nasi Beriani untuk saya merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Umno halang saya masuk PPR Desa Mutiara sedangkan Tuanku Sultan masak sendiri Nasi Beriani untuk saya
Sultan jamu nasi beriani, Umno cuba halang saya, dakwa Azmin di Johor
MALAYSIA DATELINE - November 26, 2017 8:25 am
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kesal apabila beliau dihalang dari masuk ke kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara di Johor Bahru kelmarin.
“Kenapa Umno halang saya masuk PPR sedangkan Sultan Johor terima saya masuk ke Istananya di Mersing.
“Bahkan Tuanku Sultan masak sendiri Nasi Beriani untuk saya,” kata Azmin dalam ceramah Jelajah Keadilan Peduli Rakyat di Johor Bahru semalam.
Dalam jelajah Keadilan Tebrau itu, Azmin cuba melihat sendiri PPR Desa Mutiara di Puteri Wangsa yang dikatakan sangat teruk keadaannya.
“Saya dengar penduduk di situ susah, rumah mereka dah robek, harga barangan sekarang pula mahal, namun saya dihalang masuk.
“Umno nak halang saya kenapa. Tahun lepas Sultan Johor masak nasi beriani di Istana Mersing untuk saya.
“Tuanku Sultan terima saya. Ini Umno cicak mengkarung halang saya,” kata Azmin dalam majlis anjuran PKR itu.
Bagi beliau, apa yang berlaku di Johor sekarang adalah petanda-petanda Umno Johor akan jatuh.
“Ini tanda Umno tengah nazak ketika di Selangor, Umno hanya tinggal dua spesis sahaja, Jamal dan Noh,” kata Azmin, timbalan presiden PKR merujuk kepada pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar dan Datuk Jamal Yunos, Ketua Umno Sungai Besar.
Bagi beliau, ketiada Umno memerintah Selangor telah menyebabkan kebaikan untuk rakyat.
“Umno tiada di Selangor, aman dunia. Baru lapan tahun PR dan PH memerintah, lebih baik dari 50 tahun bawah BN,” kata Azmin yang meminta rakyat Johor menurut jejak langkah rakyat di Selangor.

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "Umno halang saya masuk PPR Desa Mutiara sedangkan Tuanku Sultan masak sendiri Nasi Beriani untuk saya"