Gema Semua Maklumat

Al-Qassam tak takut berdepan Zionis

Al-Qassam tak takut berdepan Zionis

GAZA, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Sayap ketenteraan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Briged Al-Qassam menegaskan bahawa senjata yang mereka gunakan bagi menghadapi kependudukan rejim Zionis Israel adalah sah.

Al-Qassam dalam satu kenyataan di akaun rasmi Twitter berkata, mereka tidak takut untuk berdepan dengan rejim Zionis.

“Senjata kami ini membawa darah ribuan syahid, ia adalah ikon kemenangan perjuangan. Kami akan tetap menggunakan senjata yang ada untuk berurusan dengan entiti Zionis,” katanya.

Al-Qassam juga menegaskan, menentang dengan senjata adalah hak rakyat Palestin untuk menghadapi penjajahan.

“Kami akan menghantar senjata kami ke Tebing Barat yang diduduki. Kami tidak akan tunduk kepada sebarang perbincangan untuk membebaskan Palestin tanpa senjata,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Yahya Sinwar berkata, tidak ada seorang pun yang layak memaksa pemimpin Hamas di Semenanjung Gaza meletak senjata atau mengiktiraf Israel.

“Tiada seorang pun di alam semesta ini yang boleh melucutkan senjata kami. Sebaliknya, kami akan terus berkuasa untuk melindungi rakyat kami,” katanya.

Presiden Palestin yang juga pemimpin Fatah, Mahmud Abbas terdahulu telah memeterai perjanjian perdamaian dengan Hamas di Kaherah bertujuan menamatkan perpecahan sejak 10 tahun lalu. -Agensi

The post Al-Qassam tak takut berdepan Zionis appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Al-Qassam tak takut berdepan Zionis
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Al-Qassam tak takut berdepan Zionis"

Back To Top