Mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000 -
Mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000 merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000
Jumlah mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000
Astro Awani | Diterbitkan pada November 29, 2017 10:09 MYT
Kelihatan penduduk meredah air banjir apabila kampung mereka dinaiki air apabila hujan lebat berterusan semenjak dua hari lepas di Kampung Hutan Pasir Ketereh. - Foto BERNAMA
KOTA BAHRU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 7,537 mangsa pagi ini, berbanding 5,016 orang setakat jam 9 malam Selasa.
Sebanyak 103 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di lapan jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli.
Sehingga jam 9.50 pagi ini, Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 3,076 mangsa daripada 1,186 keluarga yang ditempatkan di 36 PPS.
Ia diikuti Kota Bharu dengan 1,375 mangsa daripada 346 keluarga yang menghuni 15 PPS.
Menurut portal Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.44 meter pada malam tadi
Hujan kadangkala lebat dilaporkan masih berterusan di beberapa kawasan di Kelantan.

Tag :
Semasa
0 Komentar untuk "Mangsa banjir Kelantan melebihi 7,000"