Gema Semua Maklumat

Lelaki ditahan pakai kostum ala pengebom bunuh diri

Lelaki ditahan pakai kostum ala pengebom bunuh diri

KUALA LUMPUR, 18 Safar 1439H, Selasa – Gara-gara menghadiri majlis Halloween dengan memakai pakaian ala pengebom bunuh diri di sebuah kondominium di Damansara Perdana, pada 28 Oktober lepas, seorang lelaki tempatan ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata perkara itu dimaklumkan oleh seorang penduduk di kondominium berkenaan yang melihat lelaki itu memakai pakaian sedemikian ketika menaiki lif.

Beliau berkata, pakaian berkenaan amat sensitif pada pandangan umum kerana banyak kejadian dikaitkan dengan kumpulan militan Daesh baru-baru ini.

“Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan mana-mana orang yang mempunyai maklumat berhubung suspek boleh menghubungi balai polis Petaling Jaya di talian 03-79662222,” katanya ketika dihubungi. – Bernama

The post Lelaki ditahan pakai kostum ala pengebom bunuh diri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Lelaki ditahan pakai kostum ala pengebom bunuh diri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Lelaki ditahan pakai kostum ala pengebom bunuh diri"

Back To Top