Gema Semua Maklumat

Amaran hujan lebat di tiga negeri

Amaran hujan lebat di tiga negeri

BANGI, 19 Safar 1439H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di dua negeri di bahagian selatan Semenanjung dan Pahang.

Jabatan itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa amaran cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga lewat pagi ini.

Keadaan itu membabitkan beberapa daerah di Negeri Sembilan termasuk Jelebu, Jempol dan Tampin.

Sementara di Johor, beberapa daerah turut terjejas membabitkan daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Pontian, Johor.

Tidak terkecuali dilanda hujan lebat adalah di bahagian Bentong, Bera, Rompin dan Pekan, Pahang.

The post Amaran hujan lebat di tiga negeri appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Amaran hujan lebat di tiga negeri
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Amaran hujan lebat di tiga negeri"

Back To Top