Gema Semua Maklumat

Arab Saudi nafi putera raja mati dalam tahanan

Arab Saudi nafi putera raja mati dalam tahanan

RIYADH, 19 Safar 1439H, Rabu – Arab Saudi menafikan laporan bahawa seorang putera rajanya, Putera Abdulaziz Fahd terbunuh ketika dalam tahanan.

“Khabar angin mengenai Putera Abdulaziz bin Fahd yang tersebar di media adalah tidak benar sama sekali.

“Beliau masih hidup dan sihat,” kata jurucakap Kementerian Penerangan dalam satu kenyataan.

Berita itu sebelum ini tular di media sosial yang mengatakan Putera Abdulaziz maut dalam tahanan ketika kempen antirasuah yang dilaksanakan terhadap golongan elit negara itu.

Terdahulu, beberapa putera raja, menteri dan tokoh ditahan dalam beberapa siri tangkapan susulan penubuhan Suruhanjaya Antirasuah yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.

Ia disusuli dengan berita kematian Putera Mansour bin Moqren, yang terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Yaman. – Agensi

The post Arab Saudi nafi putera raja mati dalam tahanan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Arab Saudi nafi putera raja mati dalam tahanan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Arab Saudi nafi putera raja mati dalam tahanan"

Back To Top