Gema Semua Maklumat

Baling bom petrol ke kawasan surau, dua lelaki ditahan

Baling bom petrol ke kawasan surau, dua lelaki ditahan

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Polis menahan dua lelaki susulan kejadian satu bom petrol (molotov cocktail) yang dilontarkan ke dalam kawasan surau di Damansara Damai, Petaling Jaya di sini ketika jemaah sedang menunaikan solat Subuh pada pagi Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sebuah kedai makan di Bandar Sri Damansara di sini pada pukul 3 pagi tadi.

“Motif kejadian masih dalam siasatan polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Zani berkata, mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 pagi itu, kesemua jemaah yang sedang menunaikan solat Subuh dilaporkan selamat setelah botol yang berisi minyak petrol dipercayai dibaling oleh dua lelaki yang menaiki motosikal ke arah surau itu tetapi ia tidak meletup.

Kejadian tersebut disedari salah seorang jemaah surau yang baharu selesai menunaikan solat Subuh apabila melihat kesan terbakar berhampiran pintu pagar surau berkenaan. – Bernama

The post Baling bom petrol ke kawasan surau, dua lelaki ditahan appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Baling bom petrol ke kawasan surau, dua lelaki ditahan
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Baling bom petrol ke kawasan surau, dua lelaki ditahan"

Back To Top