Gema Semua Maklumat

Kementerian Pendidikan wujud inisiatif khusus tangani keciciran sekolah

Kementerian Pendidikan wujud inisiatif khusus tangani keciciran sekolah

KUALA LUMPUR, 3 Rabiulawal 1439H, Rabu – Kementerian Pendidikan mewujudkan satu inisiatif khusus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 bagi menangani masalah keciciran di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan berkata, inisiatif itu memberi tumpuan terhadap peningkatan akses daripada peringkat prasekolah hingga menengah.

“Melalui inisiatif itu, satu garis panduan mengurus murid berisiko bagi membendung masalah keciciran murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan telah disediakan,” katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Kamalanathan berkata, peratus keciciran murid sekolah rendah di Semenanjung bagi tempoh 2014 hingga 2016 hanya antara 0.26 dan 0.74 peratus.

Sementara kadar di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan antara 0.05 hingga 0.10 peratus.

“Satu modul intervensi juga disediakan sebagai panduan kepada guru untuk menjalankan program intervensi bagi murid berisiko cicir, agar mereka kekal bersekolah sehingga tamat Tingkatan Lima.

“Garis panduan dan modul intervensi murid berisiko cicir itu sedang dirintis di tiga negeri, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Kedah sebelum diperluaskan ke seluruh negara pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr Azman Ismail (PKR-Kuala Kedah) berhubung jumlah pelajar yang keciciran di peringkat sekolah rendah dan menengah.

The post Kementerian Pendidikan wujud inisiatif khusus tangani keciciran sekolah appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kementerian Pendidikan wujud inisiatif khusus tangani keciciran sekolah
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kementerian Pendidikan wujud inisiatif khusus tangani keciciran sekolah"

Back To Top