Gema Semua Maklumat

Dokumen siasatan kes bocor: SPRM akan lapor polis

Dokumen siasatan kes bocor: SPRM akan lapor polis -

SPRM lapor polis selepas dokumen siasatan kes bekas exco Johor bocor

  | November 28, 2017
Suruhanjaya memandang serius kebocoran dokumen kenyataan rakaman percakapan tertuduh kerana kes itu masih dibicarakan di mahkamah.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuat laporan polis selepas dokumen kenyataan rakaman percakapan tertuduh dalam siasatan kes rasuah hartanah melibatkan bekas exco Johor bocor di Internet.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki berkata pembocoran dokumen itu bersifat prejudis dan dikhuatiri akan mengganggu prosiding mahkamah memandangkan kes itu masih dalam perbicaraan.
“Ingin dinyatakan, dokumen kenyataan rakaman percakapan salah seorang tertuduh telah diberikan kepada peguambela atas permintaan mengikut undang-undang sedia ada untuk tujuan pembelaan selepas suspek dituduh.
“Berhubung satu jadual pembayaran yang dimuat naik di media sosial yang dikaitkan dengan siasatan tersebut, SPRM berpendapat ia telah sengaja diadakan-adakan untuk mengelirukan masyarakat.”
SRPM mengeluarkan kenyataan hari ini selepas satu laman web memuat naik “kenyataan” seorang individu dalam siasatan itu yang mengaitkan seorang lagi ahli politik Johor dengan suapan jutaan ringgit untuk menukar status lot perumahan Bumiputera.
Pada April, Exco Datuk Abdul Latif Bandi didakwa atas 33 pertuduhan bersuhabat bersama seorang jururunding hartanah melibatkan wang suapan RM30.3 juta.
Beliau disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, dalam skandal melibatkan penukaran status rumah Bumiputera kepada bukan Bumiputera melibatkan beberapa pemaju di Johor.
SPRM sebelum ini menyita 45 akaun bank berjumlah RM15.5 juta, di samping merampas 26 kenderaan dan motosikal mewah serta dokumen.


Dokumen siasatan kes bocor: SPRM akan lapor polis merupakan Entri ulangsiar. Credit kepada sumber asal di Dokumen siasatan kes bocor: SPRM akan lapor polis
Tag : Semasa
0 Komentar untuk "Dokumen siasatan kes bocor: SPRM akan lapor polis"

Back To Top