Gema Semua Maklumat

Jerayawara Rohingya di Sarawak sedarkan umat Islam

Jerayawara Rohingya di Sarawak sedarkan umat Islam

KUCHING, 25 Safar 1439H, Selasa – Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin telah menganjurkan Jerayawara Sarawak selama enam hari bermula 30 Oktober hingga 4 November, baru baru ini.

Jerayawara itu diadakan bagi membincangkan isu Kejatuhan Tanah Air Arakan (Rohingya).

Sepanjang program Jerayawara Sarawak, Yayasan Ikhlas telah menyampaikan ceramah di sembilan buah masjid dan turut bersiaran secara langsung di stesen radio Cats FM.

Siri ceramah yang dijalankan di Sarawak telah disampaikan oleh Ahli Majlis Ulama Ikatan Muslimin (MUIS), Ustaz Meor Muhammad Azim Meor Aznam.

Pengurus Yayasan Ikhlas Sarawak, Hafeez Morni berkata, jerayawara ini mendapat maklum balas yang sangat baik daripada hadirin.

Katanya, rata-rata yang hadir menunjukkan kprihatinan bahawa rakyat Sarawak turut bersama-sama dalam isu Rohingya.

Selain ceramah, Yayasan Ikhlas turut berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 6,000 sepanjang program.

Sumbangan tersebut akan disalurkan kepada pelarian Rohingya pada 23 November ini.

The post Jerayawara Rohingya di Sarawak sedarkan umat Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Jerayawara Rohingya di Sarawak sedarkan umat Islam
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Jerayawara Rohingya di Sarawak sedarkan umat Islam"

Back To Top