Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin
BANGI, 24 Safar 1439H, Isnin – Alasan Persatuan Hotel Malaysia bahawa larangan pemakaian tudung adalah polisi antarabangsa menunjukkan minda mereka terjajah.
Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina), Eqwan Roslan berkata, alasan itu sudahlah tidak menepati ciri-ciri Malaysia yang merdeka dengan Islam sebagai Agama Persekutuan, malah tiada pula bukti yang menunjukkan polisi itu wajar.
Katanya, tindakan hotel menghalang pekerja wanita bertudung telah mencabul hak beragama orang Islam dan merupakan tindakan yang zalim.
“Apa yang jelas adalah majikan telah menghalang umat Islam untuk menjalankan suruhan yang diwajibkan Allah.
“Umat Islam harus memboikot hotel-hotel yang didapati menjalankan polisi ini sehingga pencabulan ini diperbetulkan,” katanya.
Tidak hanya itu, Eqwan berkata, dalam jangkamasa panjang, larangan seperti ini boleh membawa kepada polarisasi kaum kerana ia secara jelas menghalang umat Islam dalam melaksanakan kewajipan agama.
The post Larangan bertudung jelas tunjukkan minda terjajah appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Larangan bertudung jelas tunjukkan minda terjajah
0 Komentar untuk "Larangan bertudung jelas tunjukkan minda terjajah"