Gema Semua Maklumat

Kepakaran Zamihan masih diperlukan: TPM

Kepakaran Zamihan masih diperlukan: TPM

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1439H, Khamis – Kerajaan pusat masih memerlukan kepakaran pendakwah, Zamihan Mat Zin mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh di Penjara Tapah, Perak walaupun kerajaan Selangor tidak membenarkannya berceramah di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun tidak dibenarkan memberi ceramah di Selangor, namun kepakaran Zamihan dalam bidang pemulihan akidah militan masih boleh digunakan.

“Dalam perkara ini Zamihan adalah salah seorang pakar pemulihan dan mengikut rekod, kejayaan pemulihan akidah yang dilaksanakan Zamihan cukup berjaya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama Hari Inovasi Huawei Asia-Pasifik 2017 di sini hari ini.

Zamihan, katanya, adalah aset penting dalam usaha pemulihan akidah pengganas khusus untuk mengembalikan mereka ke jalan benar.

Beliau mengulas kenyataan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Latheefa Koya yang mempersoalkan tindakan kerajaan pusat membiarkan Zamihan terus mengendalikan program pemulihan tahanan militan Daesh walaupun beliau (Zamihan) tidak dibenarkan memberi kuliah di Selangor.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata Zamihan adalah pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dipinjamkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menyemak penerbitan agama dan kini ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

“Saya tidak fikir beliau harus dihukum dengan jawatan yang diberikan di penjara itu,” katanya.- Bernama

The post Kepakaran Zamihan masih diperlukan: TPM appeared first on Portal Islam dan Melayu.


Credit kepada admin sumber asal Artikel Portal Islam dan Melayu di Kepakaran Zamihan masih diperlukan: TPM
Tag : Malaysia
0 Komentar untuk "Kepakaran Zamihan masih diperlukan: TPM"

Back To Top